• Nama       : Zambri Harun
  • Major       : Bachelor of Science in Mechanical Engineering and Master of Engineering in Mechanical Engineering
  • Address  : 26 Kampung Rasau, 35800 Slim River, Perak, Malaysia
  • Balik ke tak ni? Kalu balik ke mana : Ke negeri Perak...
  • Balik nanti apa plan : Memula rehat-rehat dulu. Penat kot main Roller Blade tiap tiap hari kat US ni. Lepas tu makan durian. Tak tau la kalau El-Nino telah men-takda-kan musim durian tahun ni. Anyway, masa balik tu ingat nak makan benda-benda yang boleh jumpa kat China-Town aje. Lepas tu melawat sedara-sedara, kenkawan etc. yang dekat/lebih setengah abad tak jumpa. Lepas tu bulan 8/9 kerja di Motorola KL.
  • Nasihat sket : Saya bukan lah orang yang pandai bagi nasihat, sebab diri sendiri pun kadang kadang tak terjaga. Tapi ni la serba sedikit, kalau nak dengar/baca la.
    1) Rajin-rajin lah belajar, I am annoyed kalau ada student (especially scholar) yang buat tak tau saja nak pergi ke kelas atau tak. Sebab duit yang kerajaan bagi tu ialah duit rakyat, and it is a lot of money.
    2) Since kita sampai kat US ni, environment dah bertukar, takda orang nak (betul betul boleh) tegur kita. Kita punya "generally accepted norm" atau standard dah bertukar. Contohnya dalam hal pergaulan lelaki dan perempuan. Sensitivity kita pun sudah diresapi dengan benda-benda yang dulu kita tak terlintas dalam fikiran. Banyak perkara yang kita boleh belajar dari orang America ni, they are successful people in many ways, tapi nak ikut diaorang tu biarlah berpada pada. Tapi kita boleh ingatkan diri kita kalau kita selalu ke majlis majlis ilmu. Tak kiralah di masjid ke, di rumah sesiapa ke, atau membaca buku.
    3) Cuba tanya diri masing masing, kenapa kita ada di sini. Kita belajar pagi-petang, petang selalu main kot. Ramai yang tak kisah tentang Deen kita, Islam. Selalunya bukan tak kisah, tapi delay dulu, nanti dah dapat kerja lah, dah dapat rumah lah, dan dah dapat etc. Wait until one day, masa tu kita nak menghembus nafas terakhir, baru lah kita teringat janji kita terhadap diri sendiri. Masa tu kita rasa menyesal yang tak terhingga, sebab semuanya kita boleh buat. There is no delay in doing so.
  • Ni bila nak kawin ni : Yang ni tak da komen la...
  • Ucapan : Firstly saya nak ucapkan terima kasih anyak banyak pada AJK yang terlibat dalam terminal, dan generall pada AJK MASA seterusnya pada semua kawan-kawan dan family di Troy kerana bagi peluang nak masuk dalam terminal. Saya nak minta maaf kalau selama 4 tahun saya berada di sini, ada terkasar bahasa atau atau lain lain yang menyebabkan ketidaksenangan. Saya rasa saya telah pun mendapat/mengetahui ramai kawan. Saya telah belajar banyak pengalaman yang berguna selama saya mengetahui anda semua. Saya minta doakan lah saya, (tak lupa juga kepada semua Muslimin) semoga perjalanan saya di dunia ini senang, dan kebahagian di akhirat.

Undur     Depan