| Assalamualaikum Warahmatullah |
|||
| Saya harap komentar yang dipaparkan ini
tidak menyinggung mana-mana pihak. Kalau ada jugak tu, saya mintak maaf
awal-awal. Kengkadang, bergurau pun salah jugak. Mana yang baik, ikutlah,
mana yang tidak, jadikan iktibar. I didn't eat a lot of salt, takut kena
darah tinggi. (Apa kaitannya?) Haaa…. sebelum mula mestilah ada mukaddimah yer tak? Haa.. idea nak buat ruangan ni dicadangkan oleh Miss A (identiti dirahsiakan sebab takut orang cari, yang bagi idea tu paham-paham jer la). Dia kasi idea ni sebab dia tahu saya ni suka berleter. Untuk Mrs. K, kalau bahasa saya macam bahasa IRC jangan marah aaa.. sebab seronok tulis macam ni. Dah terbiasa. Sebab tu saya taip macam "Antu" Hidup kat RPI ni memang seronok. Waktu mula-mula saya datang dulu, saya selalu mengadu kat mak saya yang kat Malaysia tu "Ida tak der kawan." Sekali, bila budak batch sendiri datang… haaa.. berlambak-lambak kawan sampai kena ambik seminggu baru boleh hafal semua nama. Teringat waktu mula-mula datang kat sini dulu. Ida suka pakai baju kurung, tapi, mana lah kenal Malaysian. Ada satu ketika tu, Ida tengah mendaftar untuk subjek Summer 2 dekat registrar (waktu tu Registrar bukan kat Troy Building), sekali tengok ada sorang mamat ni sengih-sengih kat Ida. Nak kata Melayu, dia sepatah haram pun tak tegur. Apa lagi, sebab tengok dia sengih semacam, Ida pun cabut lari la. Tiap kali pandang belakang, mamat tu mesti ada, sampai musykil pulak. Bila dah kenal dengan Mr. A tu, baru tergelak bila ingat situasi tu, sebab, boleh pulak buat adegan kejar-mengejar macam cerita Hindustan. Pada Ida, memang laa tempat ni tampak seronok sebab waktu kat The Armand Hammer United World College of the America West dulu (cuba sebut dengan senafas) cuma ada 2 orang jer Melayu (termasuk Ida laa tu). Puasa berdua, raya berdua, nangis berdua, happy berdua semuanya berdua. Kalau tak berdua pun, kami ajak mat saleh turut puasa dengan kami. Tapi tu zaman dulu, zaman di mana cuma ada 200 orang aje kat dalam kampus. Zaman yang kalau orang puasa, mat saleh pun puasa jugak sebab nak rasa macam mana kami berlapar. Kat RPI ni, memang senanglah, dah ramai sangat Malaysian.. kalau nak cakap muslim tu memang tak boleh kira laa berapa ramai. Sekali ada community dinner, terkejut Ida, beribu-ribu lemon! Puasa tak pernah berproblem. Burger halal ada, sosej halal ada dan yang paling tidak pun, ada seafood. Siapa yang rasa bermasalah jugak tu, tak tau laa.. no comment. Masing-masing dah besar kan? Hehehe. Satu jer yang Ida rasa tak puas hati dengan hidup kat sini kalau nak compare laa. Dulu, Ida merupakan ahli Search and Rescue active (kira macam 911 tapi tugas dia banyak kepada nak cari orang sesat kat dalam hutan New Mexico), jadi volunteering Teacher's Aide kat elementary schools dan masuk macam-macam aktiviti, tapi sekarang ni, pergi sekolah tepat-tepat sebelum masuk kelas. Habis kelas, terus balik. Macam tak der life betul. Hujung minggu, tengok movies, kalau tak kat UPAC, kat Latham. Dan cycle ni boleh di predict untuk tiap-tiap minggu. Fuh.. sedih jugak rasa. Tapi tak per laa… lain tempat lain cara. |
Tutur kata pun kena jaga sebab tak nak menyinggung
mana-mana perasaaan orang kat sini. Tak macam dulu. Cakap ajer laa apa
yang kita suka, mat saleh terpaksa terima our straight forwardness as
a part of our culture. Masih teringat lagi sorang kawan Ida yang daripada
Hong Kong ni. Asian food kan pelbagai, jadi, Mr. R ni bawak laa Sotong
Kering daripada rumah dia. Dah berbulan kat New Mexico tu, teringin laa
nak makan. Apa lagi, oleh sebab dah kempunan sangat, dia bakar semua sotong
itu. Dalam toaster ada, dalam microwave ada, dalam hot plate lagi, memang
tak boleh nafikan laa betapa busuk satu kampus jadinya. Sampai Americans,
Europeans, Latinos and African semua cakap "That smells like shit, man".
(Tu belum bau durian lagi). Tapi, kawan Ida tu dengan selambanya cakap
"It's my culture, that's what we eat, and I want to eat my food" and ambik
segala sotong bakar dia tu bawak masuk bilik. Ida tolong makan ajer, tak
mengaku masak pun. Bela pun tidak, setakat sengih-sengih ajer.
Pasal pergaulan pulak, Ida bersyukur jugak sebab dah duduk kat komuniti Melayu yang ingat mengingati. Kalau ada apa-apa, orang tegur punyalah, dan selebihnya terpulang pada kita sendiri. Memang macam tu la hidup bermasyarakat. Kalau dulu, pergaulan bebas habis, sampai ada yang ambik kesempatan. Mana mamat-mamat Arab yang kat tempat diorang tu memang pijak semut pun tak mati, kat US ni jadi hantu. Kalau pasal bercouple tu, tak terkejut laa kalau minggu ni dengan X, minggu depan dengan Y, lusa dengan Z. (Cukup X,Y dan Z untuk membentuk vektor 3D). Ida pun pernah jugak bertukar-tukar pakwe macam tu sampai boleh ada 6 dalam masa 2 tahun. Waktu tu semua nampak seronok. Apa orang buat, kita pun nak buat jugak. Nasib baik laaa, kat RPI ni tak jadi macam tu. Niat dihati nak berpakwe dekat, RPI gak, tapi, apa nak buat, tak der rezeki. Hehehehe… lagipun, semua dah macam kawan. (Ni bukan nak mengiklankan diri yer.. jangan salah faham pulak). Nak tengok jugak siapa yang akan jadi Presiden MASA tahun depan. Kalau dia pun bawak Honda, cukup laa syarat berawek. (Gurau ajer nih, jangan terasa ye). Anyway, perjalanan masih panjang, Ida pun baru first year kat sini, so, I believe there's more to come. Sabar ajer la. Kena la take things sikit-sikit. Tahun depan pun ada lagi junior yang nak masuk. Tapi, lepas Mis A kita grad, Ida laa perempuan undergrad yang tertua. Isk isk isk. Haaa, dah sikit punyer banyak merapu ni boring pulak. So, sehingga ketemu lagi di dalam komentar yang lain. Good Luck untuk finals. Pada senior yang nak grad, Selamat Menempuhi Cabaran hidup kat alam pekerjaan. Yang selebihnya, Selamat Bercuti! Contact laa Ida kat Malaysia nanti.. mana laa tahu.. kot-kot boring, boleh Ida bawak berlayar dengan kapal layar ayah Ida.. hehehe. (Macam harta sendiri pulak) Bon Voyage. |
||