Kisah-kisah manusia




Kali ini kita ada dua kisah mengenai dua org insan yg berbeza mereka punya nasib...seorg begitu dan seorg lagi begini....mari kita baca...

 

Kisah pertama :
    Pernah suatu ketika...bercinta indahnya bagai tiada perpisahan... itulah yg terjadi antara dua pasangan kekasih...Kris dan Tiara.. mereka telah saling kenal mengenal sejak dari mulanya lagi... Kris ini terkenal dengan kebijakan dan kegeniusan yg tiada tolak banding lagi....namun lain pula ceritanya dengan Tiara yg tidaklah sehebat dan sepandai kris....lalu...mereka telah pun habis trial exam... dan seperti yg dijangkakan...Kris score gila gila... tapi Tiara pula sekadar melukut di tepi gantang (betul ke peribahasa ni?) dan atas sebab ingin bersama dengan Kris...lalu Tiara pun mengambil keputusan untuk mencuba dengan sekuat hati...untuk cuba jadi the best. siang malam dia studi....manakala Kris pula berpikir sebaliknya.. dia juga ingin bersama tiara buat selama lamanya...seperti kekasih awal dan akhir....lalu dia mengambil keputusan..untuk mem'fakap'kan dirinya dlm exam SPM nanti...so...bila tiba SPM mereka pun menjalankan rancangan masing masing....dan apabila keluar result...dah dapat diagak... Tiara telah berjaya dengan cemerlang sementara Kris pula fail...(fakap) dan Kris mula menjadi tak betul..lalu dia sentiasa berkata...mengapa engkau menyusahkan aku...sebagai mana hari yg berlalu... dan Tiara pula telah berjaya masuk universiti...dan kris pula terlibat dengan dadah dan dihantar ke pusat pemulihan..dan begitulah nasib Kris.
    Apabila kumpulan Kris (pernah glamor suatu ketika dulu) mendengar cerita ini mereka telah mencipta lagu bertajuk TIARA manakala kumpulan Ukays pula telah mencipta lagu bertajuk KEKASIH KU DI MENARA

 

Kisah kedua :
Khalid...merupakan ketua pelajar di sekolahnya...dan dia mempunyai seorg kawan baik yg bernama Siti...mereka ni buleh dikatakan baik jugak namun si Siti ni ada hati kat Khalid ... begitu juga dengan dengan Khalid...namun mereka tidak menyatakan hajat masing masing dan setelah tamat persekolahan ... Khalid mendapat tawaran untuk fly ke oversea.... manakala si Siti melanjutkan pelajarannya di salah satu universiti tempatan... apabila berada di luar negara...mereka saling bertanya khabar melalui email...jarang sekali bertemu muka....tetapi semasa berada di oversea Khalid telah bertemu dengan seorg lagi awek lain... lalu Khalid merasa resah untuk memilih yg mana satu...atau harus dia pilih keduanya sekali...begitulah jadinya...di sana menanti di sini menunggu... dan setelah beberapa ketika...Khalid menerima satu email...ringkas saja isinya..tak berjela jela seperti sebelumnya...Siti rela undur diri dari perebutan ini dan menyuruh Khalid menganggap semua ini sebagai satu mimpi sahaja...
    Apabila kumpulan Ukays mendengar cerita ini..mereka telah mencipta satu lagu yg bertajuk DI SANA MENANTI DI SINI MENUNGGU

Begitulah kisah dua org manusia...well...harap harapnya cerita ni dapat
jadik pengajaran kepada kita semua.....sekian wassalam...

BACK