Fikirlah....

Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini bermakna kita menyebut perkataan 'Allah' 'Allah' 'Allah' pada setiap masa? Sebenarnya apa yang dituntut oleh Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita lakukan mestilah:

  • untuk mencari matlamat Allah;
  • dilaksanakan mengikut syariat Allah; dan
  • meletakkan pengharapan kepada Allah,
    bukan kepada usaha kita semata-mata.
  • Ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan seperti di atas. Adakah kita telah menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah dalam pengertian di atas?

    Dalam ayat seterusnya Allah menyebutkan sifat mereka yang berfikir mengenai keajaiban kejadian langit dan bumi. Mereka befikir sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa semuanya dijadikan oleh Allah bukan dengan sia-sia. Kemudian mereka berdoa supaya 'selamatkanlah' diri mereka daripada api neraka. Abdullah Yusuf Ali menafsirkan api adalah simbolik kepada hukuman yang pedih. Apa yang penting di sini ialah hubungan antara berfikir dengan selamat daripada api neraka.

    Marilah kita bertanya diri sendiri adakah kita telah berfikir dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasai akan kehebatan ciptaan Allah swt? BAnyak perkara yang boleh kita fikirkan, misalnya penciptaan manusia sendiri dan penciptaan unsur-unsur utama alam iaitu udara, air, tumbuhan dan haiwan. Kehebatan ciptaan Allah sepatutnya menjadikan hati kita tunduk pada kebesaran Allah. apabila kita tunduk pada kebesaran Allah, kita akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.

    Kita sedar bahawa kejayaan yang sebenar ialah apabila kita selamat daripada api neraka. Allah menyebutkan dalam ayat di atas, sesiapa yang dimasukkan ke dalam api neraka sebenarnya mendapat kehinaan. Cuba kita fikirkan tentang kegagalan yang dialami di dunia ini. Sekiranya kita gagal peperiksaan pun, kita rasa malu dan terhina. Begitu juga dengan orang yang gagal dalam temuduga pekerjaan, berasa malu dan hina. Apa lagi orang yang di dapati bersalah dan dihukum masuk penjara, mereka akan berasa kehinaan yang lebih besar lagi. jadi salah satu ciri azab akhirat ialah kehinaan. Kita terhina dihadapan Allah dan para malaikatNya. Bukankah ini merupakan sumber motivasi yang terbesar untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah swt dalam pengertian yang sebenarnya?

    Dalam ayat diatas juga disebutkan, mereka berdoa sekali lagi supaya Allah tidak menghinakan mereka di akhirat. Ini menunjukkan betapa beratnya seksaan menanggung kehinaan di akhirat nanti. Lebih berat daripada bentuk kehinaan di dunia.

    insyaAllah,
    bersambung lagi.
    wallahualam.

    1 2 3 4 5 6

    alumni.list credits past.issues ke stesen barh? kenangan xtras tazkirah profile.htm